"Semua penulis akan mati. Hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang akan dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti "
- Saidina Ali bin Abi Talib-


Wednesday, December 13, 2017

Lizzy Hijab - Murah, Berkualiti, Eksklusif !

Assalamualaikum.
hai semua ^_^

Bulan 12 ni ramai yang buat promosi hujung tahun sampai harga menjunam.
Boleh gugur jantung tengok macam-macam baju tudung cantik. Kali ni Syira nak share satu IG yang Syira dah borong tudung dia dengan rakusnya sebab harga tudung yang dijual RM15 & ke bawah guys !.. muahahaha.. nampak tak nafsu perempuan yang tak terkawal :P siapa tak gila kalau harga murah macam tu.



Instagram : @lizzy.hijab


Cantik tak ? cantik tak ? .. Syira tau korang nak puji tapi malu :p ..Cantik kan warna shawl ni. Dull Satin Shawl yang Syira pakai ni memang sangat selesa and flowy (code : lavender). Thank you @lizzy.hijab for this beautiful Dull Satin Shawl ! Syira dah jatuh cinta dengan shawl ni dan dah borong 5 warna lagi tau..hehee..

Sekarang @lizzy.hijab buat Year End Sale ! Semua tudung dijual dengan harga yang sangat murah.

🌻DULL SATIN SHAWL
🌻BAWAL CHIFFON
🌻BAWAL SAUDIA
🌻INNER LACE EYELASHES

SEMUA ITEM 👆 HANYA RM15 & KE BAWAH

Mana nak dapat harga ni kat tempat lain guys ?? 
Do follow @lizzy.hijab & direct ws lizzy (0137626010). 

Don't miss out @lizzy.hijab YEAR END SALE berakhir 17 Dis 2017 :D
Dah tak banyak pilihan warna, jangan merajuk kalau habis stok nanti.

Monday, November 20, 2017

Mug Rekaan Istimewa dari WePrintGift.

Assalamualaikum
hai semua :)


Image result for weprintGIFT MUG

Lama tak menaip kome oiiii..ada yang rindu Syira ke ? hehe...Syira sibuk menghabiskan detik-detik terakhir sebagai pelajar tahun akhir ni, insyaAllah cuti semester Syira akan update blog and tulis manuskrip semula. Next year intern pula :D
Syira pun rindu korang. Hari ni Syira curi-curi masa update blog sebab nak share something dengan korang.
Syira nak share barang custom made yang Syira baru tempah..hehee...
Sekarang ni dah menjadi trend semua benda nak di custom made untuk dijadikan koleksi peribadi kan. Syira sendiri pun kalau boleh memang nak macam-macam benda custom made. Sebenarnya Syira dah ada beg, buku, pen dan yang terbaru ni sebenarnya Syira dah ada mug sendiri! :D

Pernah dengar WePrintGift tak ? WePrintGift ni dah popular sangat dah. WePrintGift menawarkan sehingga 3,000 produk untuk korang pilih, dengan produk berkualiti tinggi, alat reka bentuk yang mesra pengguna dan kaedah percetakan yang tahan lama, jaminan wang 100% dan bantuan perkhidmatan pelanggan yang cepat. Tempah hari ni, tak lama lepas tu dapat. Mudah and cepat sangat kan? :D

WePrintGift menggunakan teknologi percetakan pemindahan haba, untuk mencetak foto, nama atau mesej mengikut reka bentuk yang korang nak. Korang boleh design guna alat reka bentuk yang WePrintGift sediakan dalam laman web atau design sendiri dalam Adobe Photo atau ilustrator, then upload and cetak je.
Syira pilih mug sebab mug ni benda yang memang selalu pakai, kalau tak nak guna pun boleh dijadikan hiasan. Tambah pula boleh letak gambar sendiri, memang rasa ekslusif la..hehehehe..

Beberapa ciri penting yang korang perlu tau berkaitan mug dari WePrintGift ni adalah :

  • seramik
  • 3.25 "diameter, 3.75" ketinggian
  • Terdapat dalam 11oz
  • Grade AA Mug dengan kualiti premium
  • Sepenuhnya dicetak dengan monogram, logo atau mana-mana imej di permukaan.
  • Jenis Glossy & Matte


Ni la mug Syira..comel kan ? hehee.. kalau korang nak juga, korang boleh ikut step di bawah ni untuk membuat pesanan dalam laman web WePrintGift.

Langkah 1 - Pilih produk.
Langkah 2 - Buat reka bentuk sendiri.
Langkah 3 - Tempatkan pesanan.


Jika korang memerlukan lebih banyak bantuan atau panduan untuk menempah, ikuti langkah kat bawah ni, mudah je guys:



So pa tunggu lagi ? nak beri hadiah untuk yang tersayang pun boleh..hehee..


Sunday, September 17, 2017

PERKHIDMATAN SESI KAUNSELING SECARA PERCUMA.

Assalamualaikum ^_^
Hai semua !

Syira sedang mencari klien yang berminat untuk mengikuti khidmat sesi kaunseling PERCUMA bagi memenuhi tuntutan tugasan Syira sebagai seorang pelajar Tahun 4 Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaya.


Perkhidmatan yang disediakan :
  • Kaunseling Individu.
  • Kaunseling Kelompok.
  • Ujian Minat Kerjaya. 
  • Ujian Saringan Kesihatan Mental.
________________________________________
  1. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berkemudahan untuk ke Universiti Malaya/pelajar/staff Universiti Malaya.
  2. Tiada had umur dan terbuka kepada semua bangsa/agama/jantina.
  3. Masa fleksibel (atas persetujuan bersama).

Sekiranya anda mempunyai isu/konflik berkaitan perhubungan, pelajaran, pengurusan masa dan sebagainya serta memerlukan seseorang untuk mendengar dan membantu, jangan segan cari Syira ya. Sesi dijalankan di Universiti Malaya. Tiada bayaran dikenakan.

Siapa berminat ? :D 
Hubungi Syira segera ya !

🔹Whatsapp : 013 4006121
🔹Emel : syiralokman21@yahoo.com.my
🔹PM facebook : Wan Syahirah
🔹DM instagram - syira_lokman

WAN SYAHIRAH BINTI MIOR LOKMAN @ SYIRA LOKMAN
Kaunselor Pelatih,
Universiti Malaya.


# Segala perkongsian dan maklumat anda tertakluk kepada etika kerahsiaan. 
Mohon 'share' untuk membantu saya. 
Terima kasih ^_^

Thursday, September 7, 2017

OOTD # Pastel in Grey

Assalamualaikum
hai semua :)


Doa itu pergi dan akan kembali.
Pergi kepada Allah dan kembali kepada kita.

Doa dan luah pada Dia kerana doa itu akan membawa "hadiah" buat kita nanti.
Andai tak dapat yang diminta pasti diberi yang lebih sempurna kerana perancangan Allah tidak pernah sia-sia.

Tuesday, September 5, 2017

Review buku motivasi Serenity dan Fragile Syira Lokman.

Assalamualaikum.
Hye semua !

Rupanya masih ada yang belum tahu Syira dah hasilkan 2 buku motivasi. Ya korang, dah 2 dah. Ni bukan novel tau tapi buku motivasi untuk bacaan umum. Kalau sesiapa yang nak tengok review pembaca, meh sini Syira kongsikan sebahagian komen-komen pembaca Serenity dan Fragile. Lepas baca silalah beli ya ^_^ Kata support Syira kan :P
No automatic alt text available.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.




Kalau korang pergi mana-mana bookstore, better korang tanya terus di kaunter, so mudah, diorang akan beritahu kat rak mana atau paling best, diorang yang carikan.
Tapi kalau korang nak buku dipos terus ke rumah, lagi mudah..whatsapp je 0162093151 (KOMRAD BUKU)

 Taip : TAJUK/KOD BUKU <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT 

Korang juga boleh order secara online di https://bookcafe.com.my/ atau http://www.mustread.com.my/home/





Cara mendapatkan buku FRAGILE & SERENITY :
  1. Syira Lokman (fb) (bertandatangan-limited)
  2. Komradbuku
  3. Kinokuniya
  4. Bookcafe.com
  5. Must Read
  6. Mph bookstore
  7. Popular bookstore
  8. Kedai-kedai buku berhampiran anda.
  9. Online seller

korang boleh search #serenitysyiralokman serta #fragilesyiralokman di facebook dan instagram untuk lihat lebih banyak review ! Serenity dah masuk cetakan kedua tau. Semoga Fragile pun laku keras selalu la :D
Nak tengok review berkaitan Serenity dan Fragile di blog ni boleh tengok post yang lama ya.

Terima kasih semua yang mendoakan dan baik hati selalu support Syira.
Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)

Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #fragilesyiralokman dan #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !

Email : syiralokman21@yahoo.com.my



Monday, September 4, 2017

Kehidupan sebagai pelajar Kaunseling Tahun 3.

Assalamualaikum
hye semua !

Mesti ramai yang tertanya-tanya Syira ni dah berhenti menulis blog ke ? Dah lama Syira tak update apa-apa. Hahaa..sebenarnya Syira masih lagi setia dengan blog ni, cuma agak susah nak update sebab wifi tak ada kat rumah. Bila dekat kolej, wifi ada tapi mood nak update pula takde. Berhabuk la blog ni jadinya. tapi tak lama pun, sekarang Syira muncul kembali :D
 Kalau sebelum ni Syira ada kongsikan cerita sebagai pelajar tahun 1 dan 2, kali ni, Syira nak kongsi pengalaman dan kehidupan sebagai pelajar tahun tiga kaunseling. Mana yang baik boleh dijadikan panduan, yang tak elok tu jangan ikut ye adik abang kakak. :)

 Image may contain: 1 person, standing


Alhamdulillah, seminggu je lagi Syira akan kembali ke UM dan bergelar final year student. Kejap je rasa, dah masuk tahun akhir.
Untuk tahun ketiga, banyak kenangan pahit manis untuk dikenang, namun Syira bersyukur sebab masih bertahan..hehe..Tahun ketiga ni, Syira diberi tanggungjawab besar. Kalau sebelum ni, Syira banyak terlibat sebagai AJK untuk sesuatu program, tapi untuk tahun 3 ni Syira memikul tanggungjawab sebagai Yang Dipertua Persatuan Kaunseling Universiti Malaya. Bukan mudah untuk mengetuai persatuan di peringkat universiti tapi Syira gembira sebab sebanyak 11 aktiviti telah berjaya kami laksanakan dan bakal menyusul beberapa lagi aktiviti sebelum pimpinan sesi 2016/2017 berakhir November nanti.

Selain daripada menjadi YDP Persatuan Kaunseling Universiti Malaya, Syira juga menyertai beberapa aktiviti di peringkat kolej dan universiti sepanjang bergelar pelajar tahun tiga Kaunseling. Antaranya ialah :

  1. Penolong Pengarah Biro Makanan Hari Terbuka Kaunseling UM.
  2. Biro Tajaan dan Sukarelawan Surau Hunters SEKRUM.
  3. AJK Biro Tugas-tugas Khas UM Women Empowerment Week
  4. AJK Biro Aktiviti Astar Caring Team.
  5. AJK Biro Tugas-tugas Khas Kelab Penyokong ASTAR.
  6. AJK Makanan Program SIMP di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
  7. AJK Majlis Makan Malam International Conference on Counseling and Psychology 2017.
  8. Menyertai lawatan ke Hospital Permai Johor.
  9. Menyertai Ceramah Pencegahan Dadah dari AADK.
  10. Menyertai persembahan Tarian Fairytale untuk Program Rentak Seni Budaya Anjuran Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak UM.
  11. Menyertai koir untuk Malam Anugerah Kaunseling dan Alumni 2017.
  12. Menyertai koir untuk Majlis Makan Malam International Conference on Counseling and Psychology 2017.
  13. Menghadiri Asean Psychology Conference di Universitas Negeri Malang, Indonesia.
  14. Menyertai Art Therapy Workshop - Simply Blue.
  15. Menyertai Lawatan ke Jabatan Perkhidmatan Awam.
  16. Membantu mengajar anak-anak di Pusat Komuniti Gombak Setia.
  17. Membantu mentadbir ujian kerjaya Holland keada pelajar fakulti undang-undang dan UMCCED.


Banyak aktiviti yang Syira tak kongsikan dalam blog sebab kekangan masa. Tahun ketiga memang banyak program dan Syira juga perlu menyiapkan kajian ilmiah (tesis). Syira tak selalu share masalah di media sosial tapi Syira juga manusia sama macam orang lain. 2 minggu terakhir, ada problem dengan tesis, Syira sampai rasa nak gugur jantung. Allah je tahu macam mana Syira berdepan dengan masalah belajar dan masalah peribadi. Namun alhamdulillah, walaupun banyak cabaran nak siapkan tesis, tapi akhirnya selesai juga. Biarlah orang tertentu je tahu apa cabarannya sebab nak cerita pun sedih. Entah berapa kali cakap nak putus asa. Menangis sampai tak suka nak jumpa orang. Tapi nasib baik la masih terkawal.

Sepanjang tahun 2017 ni, Syira juga masih menulis blog dan menerima job review. Alhamdulillah, kepala serabut nak siapkan assignment, tesis dan join program pun tapi masih ada masa untuk jenguk blog ni. Rezeki dari blog masih ada walaupun tak hebat macam orang lain. Terima kasih korang yang percaya dengan perkhidmatan Syira.

Ramai yang dah tahu, Syira juga ada menulis 2 buah buku motivasi iaitu Serenity dan Fragile. Dua-dua buku ni la menjadi kebanggaan Syira. Syira juga sempat menghadiri sesi bertemu penulis di Pesta Buku Antarabangsa PWTC beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah, sambutan terhadap buku motivasi Syira sangat baik. Buku motivasi pertama dan kedua Syira Serenity dan Fragile dah masuk carta laku keras dan menjadi best seller. Sekarang kedua-duanya dijual di semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Seronok sangat bila ramai mendapat manfaat dari apa yang Syira tulis dan kongsikan. So sekarang sedang gigih memerah otak mencari idea untuk menyiapkan manuskrip ketiga. Sebenarnya dah ada tapi belum lengkap, so Syira peram dulu la. Nak tulis dengan baik kena ada jiwa, baru apa yang ditulis sampai kepada pembaca..hehee..bagus tak alasan ? :P

 Image may contain: 16 people, people smiling, indoor
Kehidupan Syira di universiti sama je macam tahun-tahun sebelumnya. Masih ada masa keluar dengan kawan-kawan, siap ajak kawan makan nasi kandar favourite Syira lagi..hahaa..Syira jarang keluar awal semester dan lebih suka keluar di hujung semester. Lebihan duit yang ada di hujung-hujung semester tu guna untuk "reward diri".
Selalu je ada yang tanya, macam mana nak bahagikan masa. Sebenarnya banyak je masa cuma kena pandai utamakan apa yang lebih penting. Selalunya kelas pagi dan petang setiap hari, kalau meeting persatuan atau program fakulti pula biasanya selit-selit je masa antara kelas tu. Meeting projek kolej malam dan Syira sertai program sukarelawan Surau Hunters anjuran Sekretariat Sukarelawan UM pula setiap pagi Sabtu. Nak siapkan manuskrip pula masa cuti semester. So, so far takde masalah sangat cuma kadang kala bila ada kerja tak siap tu memang kena korbankan sikit la masa. Masa tu cukup je sebenarnya cuma kita perlu utamakan mana yang lebih penting.

Tahun ketiga ni, banyak masalah melibatkan kawalan emosi yang teruk tapi alhamdulillah, Syira masih dapat mengekalkan pointer yang baik untuk sem 5 (3.95) dan 6 (3.57).
Syira juga dapat 2 anugerah besar untuk tahun ketiga di Universiti Malaya ni iaitu Anugerah Khas Fakulti dan Anugerah Khas Pengetua (Kolej Kediaman Pertama). Tahun ketiga ni banyak kali dah pergi duduk tepi Tasik Varsiti Universiti Malaya tu, duduk la menangis malam-malam..hahhaa.
Walaupun tahun ketiga ni semakin berat ujian dan tekanan namun Syira masih berjaya harungi dengan baik. Ramai kawan dan pensyarah yang bantu bagi semangat. Semua ni takkan Syira capai tanpa bantuan dari orang sekeliling. 
Bila ingat balik apa yang dah lalui, kita ni sebagai manusia sebenarnya kuat je cuma kita yang tidak pandai mengawal emosi dan bertenang dengan baik sebab tu kadang masalah kecil pun jadi besar kan.
Sedar tak sedar lagi seminggu je bakal bergelar pelajar tahun akhir dan memasuki dunia pekerjaan. Counselor to be ? insyaAllah :) Doakan yang baik-baik.
 Image may contain: one or more people and people standing
Kalau nak dicoretkan semua cerita sepanjang menjadi pelajar tahun ketiga kaunseling ni memang takkan habis. Syira share mana yang ingat je ni..hehee..Next sem Syira memerlukan ramai klien untuk sesi kaunseling individu dan kelompok secara PERCUMA dibuat di Universiti Malaya, sesiapa yang berminat boleh PM Syira atau emel ya ^_^

Image may contain: flower, text and nature

Syira suka berkongsi pengalaman di blog ni sebab Syira nak bantu orang lain. Syira banyak kongsi tips sejak STPM lagi dan Syira teruskan hingga sekarang sebab seronok bila ada yang emel atau PM nak tanya, minta tips belajar dan bantuan sebab diorang mula rasa lemah, give up. Ramai junior kaunseling sekarang pun selalu beritahu yang sebelum diorang pilih untuk masuk UM, diorang baca dari blog Syira. Tiada perkara yang lebih bahagia selain melihat orang lain gembira kan.


Sesiapa yang baca perkongsian Syira dalam blog ni dari zaman SPM, STPM dan Degree, pasti korang faham sejauh mana Syira cuba bangkit setelah berkali-kali jatuh. Syira juga ada kekurangan, unfinished business dan masalah yang buat diri hilang semangat, tak yakin diri. Tapi kalau kita lihat yang tak elok je, macam mana nak bangkit ? Allah uji ikut kemampuan umatNya dan ini yang kita harus ingat sampai bila-bila.

Dalam entry kehidupan sebagai pelajar tahun 2 sebelum ni, Syira dah kongsikan tips untuk dapatkan pointer tinggi. Kali ni Syira just nak share beberapa kata-kata yang menguatkan Syira hingga berjaya ke tahap ini.

  1. Pastikan usaha kita seiring matlamat dan jangan berusaha dengan perkara yang salah (tiru time exam, orang lain buatkan kerja, tak datang kelas tapi minta kawan tandatangan kehadiran). Hidup ini tentang KEBERKATAN. :)
  2. Kadang-kadang Syira rasa penat and nak give up juga tapi setiap kali nak giveup Syira akan tanya diri Syira sendiri "kenapa Syira bermula and kenapa nak buang semua manfaat yang dah ada demi rasa penat yang sementara".. so lama-lama terus jadi tak give up..hehee...
  3. Doa banyak-banyak dengan Allah..Yakin je dengan Allah, itu akan buat kita kuat !
  4. Syira selalu pesan pada diri jangan ponteng kelas selalu dan jangan tangguh kerja.
  5. Ikhlaskan hati. Apabila kita ikhlas dengan semua ujian yang menimpa, kita akan dapat melihat hikmah yang Allah ingin tunjukkan kepada kita.
  6. Failure will never overtake me if my determination to succeed is strong enough.It does not matter how slowly you go as long as you do not stop. Manusia akan jatuh, manusia akan diuji tetapi Allah tak pernah cakap yang manusia tak boleh kembali bangkit..betul kan ? Yakin, yakin, yakin. Allah ada dengan kita :)

Image may contain: text 

Terima kasih semua orang atas bantuan dan doa !
Terima kasih sangat-sangat, semoga korang berjaya dunia akhirat ! Banyak sangat benda yang menyakitkan jadi tahun ni tapi korang la yang selalu buat Syira kuat. Teringat je nangis, teringat je nangis. Lemah betul kan. Syira taknak cerita yang pahit tu sebab akan menghantui..hahaa. Nanti kalau Syira baca je nangis, lagi susah kan.
Takpe la, bila kita diuji, ingat semula rezeki yang Allah dah curahkan. Syukur dan yakin dengan Allah. InsyaAllah lama-lama kita akan nampak hikmah dan bangkit kembali.
Orang sekeliling banyak bantu. Banyak sangat sampai tak mampu nak balas.
Tanpa korang, Syira sangat lemah. Doakan Syira tamat pengajian dengan cemerlang. Nangis tu biasa la…hehee..janji kita tak pernah putus asa..kan ?

If ada apa-apa pertanyaan or teguran boleh hubungi Syira melalui link di bawah :


Emel : syiralokman21@yahoo.com.my


## Maaf jika ada salah silap, mohon tegur Syira :) Kalau nak share tips pun boleh. Syira masih banyak benda perlu diperbaiki. Jumpa di next entry ! 

Entry berkaitan :

Thursday, July 27, 2017

#OOTD# Purple in Black

Assalamualaikum
hai semua !

Image may contain: 1 person, standing and shoes


Tudung Bawal : CitraAida
Outfit : Brand outlet
Skirt : RnR concept
Bag : Kenanga Mall

Wednesday, July 26, 2017

Happy Birthday ALTHEA KOREA ! #AltheaTurns2

Assalamualaikum
hye semua :)

Image result for althea korea turns 2

Don't scream because it's sooooo PINK! 
Happy Birthday Althea Korea #AltheaTurns2

Althea Korea is turning 2 today!! yeayyy !! jauhnya parcel Syira kali ni..jauh dari KOREA :D
hehee...excited dapat parcel comel ni. Siapa suka produk korea ?? :D jom follow @altheakorea
and shopping pelbagai produk kecantikan korea dengan harga yang superbb jimat ! confirm rambang mata nak pilih.  All KBeauty shoppers, head to althea korea website now as they are having a lot of fun things there - sales, contests with awesome prizes and many moreee!!!

No automatic alt text available.

Setiap pembelian dapat kotak comel macam ni, suka tak ??
Syira dah dapat Syira punya :D
yeayyy ! :D @altheakorea punya birthday, Syira yang dapat hadiah ! hehee.. Thank you @altheakorea for the gift !! ^_^ 

No automatic alt text available.


taraaaa..comel kan ?? so in love with #altheakorea ! kali ni Syira order 7 barang tapi siap dapat free gift :D
Nak tahu apa syira borong di Althea korea :D tadaaa...wohooo..ada list ! Mini Green Apple Lip Balm, Rice Wash Off Mask, Black Tea Lifting Cream, Calmia Oatmeal Peeling Gel, Rice & Ceramide Moisture Tone, Original Essence Mask Royal Jelly, Original Essence Mask Strawberry.

No automatic alt text available.
Ini bukan kali pertama Syira shopping di Althea, servis terbaik and produk dia memikat hatikuuuu ini.. :P Althea merupakan website yang menjual barangan kecantikkan dari KOREA. 100% ASLI dan menawarkan harga yang sangat BERPATUTAN..

No automatic alt text available.

The most exciting part about celebrating with Althea is that you stand a chance to win a trip to Korea for 2 just by showing off your decorated birthday box on Instagram with the hashtag #AltheaTurns2!

  1. Althea Birthday Sale
  2. Free Product Giveaway
  3. Althea Birthday Limited
  4. Edition Box + DIY Bday Kit
  5. Fly Me To Korea Contest
  6. Contest to win amazing prizes!

Image result for althea korea turns 2


DONT MISS OUT @altheakorea BIRTHDAY PROMOTION !! Happy 2nd birthday, Althea! 
You amazingly make k-beauty accessible to everyone, and I appreciate that a lot.

*Terms and conditions apply. Please refer to www.althea.kr and Althea Facebook for more information.

Wednesday, July 12, 2017

MINI GIVEAWAY BY #JMBELOG #2

Assalamualaikum
hai semua !


Jom join giveaway ! klik banner ok ^_^ all the best !

Wednesday, July 5, 2017

Cara mudah untuk membeli Fragile & Serenity by Syira Lokman.

Assalamualaikum
hai semua !

Buku motivasi ke2 Syira iaitu Fragile ni dah mula masuk banyak bookstore dah tapi ada yang kata tak jumpa lagi. Ada yang jumpa Serenity tapi tak jumpa Fragile. Jumpa Fragile tapi tak jumpa Serenity pula. Yela, dah baca satu mesti nak dua-dua kan :D
Jadi, jom Syira nak ajar cara paling mudah untuk korang dapatkan buku Serenity dan Fragile sekaligus ^_^




Kalau korang pergi mana-mana bookstore, better korang tanya terus di kaunter, so mudah, diorang akan beritahu kat rak mana atau paling best, diorang yang carikan.
Tapi kalau korang nak buku dipos terus ke rumah, lagi mudah..whatsapp je 0162093151 (KOMRAD BUKU)

 Taip : TAJUK/KOD BUKU <jarak> KUANTITI <jarak> NAMA PENUH <jarak> ALAMAT 

Korang juga boleh order secara online di https://bookcafe.com.my/ atau http://www.mustread.com.my/home/


BERITA BAIK UNTUK ANDA !!!
Komrad Buku nak bagi duit raya guys !
Penulis pun tak dapat tau, untung korang..
Korang hanya perlu beli mana-mana buku (melalui Komrad Buku sahaja) and secara automatik korang akan dapat duit raya :D best kan ?

Whatsapp : 016 209 3151 ‪
🌻Sah sehingga 21 Julai 2017.




Terima kasih semua yang mendoakan dan baik hati selalu support Syira.
Semoga hidup diberkati dan sentiasa murah rezeki :)

Dah beli jangan lupa tag dan hashtag #fragilesyiralokman dan #serenitysyiralokman di facebook, twitter, blog dan instagram oke !

Email : syiralokman21@yahoo.com.my



#Siapa nak COD buku Fragile & Serenity bertandatangan ?? PM Syira Lokman di facebook sebelum 2 September 2017 ! 
stok terhad ! COD Ipoh ya :D

Monday, June 12, 2017

Emoozi PhotoBooth Menyediakan Pakej Lengkap untuk Majlis Anda.

Assalamualaikum
hye semua !

Sekarang ni tak kira la majlis kahwin ke, cukur jambul ke..majlis hari jadi ke..semua mesti nak bergambar..selfie selfie selfie selfie selfie sampai pengsan :D
tapi tak best la kalau tak ada background yang menarik kan ?


Photobooth ni bukan perkara asing dalam sesuatu majlis. Apa-apa majlis pun mesti ada photobooth.. Dah jadi satu trend di mana-mana acara, percetakan gambar segera untuk hadirin jadikan memori mesti ada kan. Syira pun suka..hehehe
Syira nak kongsi pakej photobooth special dari Emoozi Photobooth.
Emoozi Photobooth ni menyediakan pakej lengkap untuk anda. Selfie je banyak-banyak lepas tu print gambar. Mudah dan cepat ! Best kan ?


Emoozi Photobooth ini menyediakan pelbagai props yang comel dan background yang menarik. Anda hanya perlu beritahu tema dan bajet, kemudian pihak Emoozi Photobooth akan cuba merealisasikan impian anda. 
Dari tema princess, cowboy, pirates, fantasy atau apa sahaja anda boleh dapatkan di Emoozi Photooboth. 


Jom tengok video ni dulu - https://www.youtube.com/watch?v=-tUTQR3boQs

Emoozi Photobooth menawarkan HARGA RUNTUH pada bulan JUN. Tak kisah la kalau anda meraikan hari jadi, ulang tahun perkahwinan atau sebagainya, anda berhak mendapat DISKAUN yang super kebabommmm. Boleh menangis beb !


Jika anda menyambut ulang tahun perkahwinan ke-50 maka anda dapat menikmati diskaun 50%;
Jika anda mempunyai warga tua di rumah yang meraikan hari jadi yang ke 100, Emoozi Photobooth akan memberikan anda diskaun 100%! Malangnya jika anda meraikan hari jadi bagi bayi anda yang berusia satu tahun, anda hanya dapat menikmati 1% diskaun.
Tak percaya lagi ??
Cepat hubungi nombor di bawah untuk maklumat lanjut.
This offer is limited to the first 20 customers only, on a first-come, first-served basis. (mengikut terma dan syarat)
Please contact for further information: 
012 676 5566 (Ricky)
 018 614 6276 (YiDing) 

Email: enquiry@emoozi.com 
Facebook: www.facebook.com/emooziphotobooth 
Website: www.emoozi.com


## Special untuk pengikut blog Syira Lokman, korang boleh guna kod ni untuk menikmati promosi diskaun 30% (with term and conditions apply) ^_^ 
[EMOOSY0617]

Tuesday, June 6, 2017

Silhouette CAMEO-Mesin Pemotong Elektronik Dari Liberty Printing.

Assalamualaikum
hye semua !

Korang pernah dengar "plotter" tak ? Kalau korang nak tahu, "plotter" ni sejenis mesin pemotong yang digunakan dalam industri percetakan dan pembuatan cenderamata. Macam-macam jenis produk boleh buat dengan menggunakan mesin ni, antaranya ialah kotak, tag, pelekat dinding dan sebagainya. Sekarang ni pun korang boleh miliki "plotter" sendiri dan jana pendapatan melaluinya. Menarik kan ?


Liberty Printing baru sahaja memperkenalkan mesin pemotong elektronik terbaru yang dinamakan Silhouette CAMEO. Silhouette CAMEO ni adalah sebuah mesin pemotong elektronik yang boleh disambungkan terus ke komputer and korang boleh buat apa sahaja reka bentuk grafik dan kemudian memotong imej secara terperinci. Pilih je nak material apa, ada material paper, vinyl, fabric atau heat transfer material.


Kalau korang kreatif memang lagi best sebabnya macam-macam design korang boleh reka dan korang juga boleh jana pendapatan dari rumah. Mudah je !
Macam mana nak guna ? 
alah, mudah je...Kalau nak tahu, jom tonton video di bawah ini.korang boleh juga ketahui apa perbezaan CAMEO dan CURIO :)

CAMEO - https://www.youtube.com/watch?v=YBJLEqLXFVw
CURIO - https://www.youtube.com/watch?v=kEPJlMmWoMM

Sebenarnya kalau korang beli mesin ni, ada pakej istimewa tauu :D
Bila korang beli, korang akan dapat :

  • 1 x Silhouette CAMEO
  • 1 x Power cable, USB cable
  • 1 x 12-inch cutting mat
  • 1 x AutoBlade
  • 1 x Crosscutter
  • Silhouette Studio software (download)
  • 100 free digital designs (download)
  • 1 month Design Store subscription



Spesifikasi Silhouette CAMEO :


Silhouette CAMEO ni memang dan popular dan digunakan dalam industri percetakan. Sesiapa yang nak cuba jana wang melalui mesin ni, amat digalakkan sebabnya cara nak guna sangat mudah dan korang boleh reka apa sahaja mengikut kreativiti masing-masing. Kerja-kerja pemotongan menjadi lebih mudah dengan adanya mesin pemotong elektronik Silhouette CAMEO ini.




Syira selalu sangat sebut pasal Liberty Printing dalam blog ni kan ? Perasan tak ? sebabnya syarikat ni memang dah terkenal dan jual macam-macam produk yang terkini dan berkualiti. Untuk pengetahuan korang, Liberty Printing ni jugalah yang menjadi pembekal untuk Silhouette CAMEO ni dan kalau korang masih ingat entry di blog Syira, mereka juga menjual pelbagai jenis produk lain seperti 3D Sublimation Machine, Sublimation Blanks, Button Badge Machine, Thermal Stiker Printer, PVC Card Printer serta lain-lain mesin dan bahan percetakan khusus.


Tak perlu risau dah, sebab Liberty Printing ni sebuah syarikat yang popular dan kalau korang nak dapatkan Silhouette CAMEO yang berkualiti dengan harga terbaik, beli je dengan Liberty Printing !
Apa yang lebih menarik ialah, korang akan dapat tawaran istimewa yang kat tempat lain pun korang tidak akan dapat. Nak tahu apa dia ? haaa...Antaranya ialah mereka mempunyai jurulatih profesional berpengalaman khusus dalam percetakan lebih daripada 5 tahun yang sedia membantu anda. Bila korang beli, orang akan dapat :
  • Mengikuti bengkel dalam talian secara PERCUMA di Facebook Secret Group -Silhouette Workshop untuk membantu anda meningkatkan kemahiran dan sokongan teknikal pada bila-bila masa dan dimana sahaja.
  • Proses tempahan lebih mudah hanya dengan Online Order Form dan Order History Tracking.
  • Cash and Carry dan tiada minimum kuantiti order
  • Perkhidmatan penghantaran seluruh dunia
  • Menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan dan perkhidmatan selepas jualan
  • Liberty Printing menyediakan kelas latihan bulanan PERCUMA dan live training bagi pengguna yang membeli mesin Silhouette CAMEO. 



Mesti ramai dah berminat dan tak sabar nak dapatkan Silhouette CAMEO ni kan ? hehe..
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pembelian, boleh hubungi :-


No. Telefon
019-984 8151 ( Amin ) / 019-985 8151 ( Elaine)

Alamat
Liberty Printing Sdn. Bhd. (1080784-T)
6, 6A & 6B, Jalan Harmoni 1A/KU3,
Pusat Commercial Kristal Klang,
42100 Klang, Selangor

Email
cs@libertyprinting.com.my / order@libertyprinting.com.my

Website

Website (Package)

Facebook

Waktu Operasi

Isnin hingga Sabtu
( 9.00 am - 6.00 pm )

DISCLAIMER

Ini merupakan blog peribadi.

Segala ilmu,info,tips,gambar atau apa sahaja dalam blog ini adalah hak milik peribadi, dari pemerhatian dan sumber yang boleh dipercayai.
Tiada yang diambil dari sumber lain melainkan yang telah dikreditkan/dibacklinkkan/dinyatakan sumber asal dibawah setiap artikel bagi menghormati penulis/pemilik artikel asal.

Pemilik tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang masalah dengan info yang anda kongsi di mana mana laman sosial.
Pendapat pemilik mungkin berubah mengikut nilai ilmu.
Mohon bertanya dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat. :)

Mohon tegur jika salah.
Terima kasih. :)

Official Blog Syira Lokman Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah